Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

“Kalau Nak Mufaraqah (Pisah), Seorang Diri Ajelah”

2,478 views
SHARE

 

‘Kalau Nak Mufaraqah (Pisah), Seorang Diri Ajelah’

Oleh: Ustaz Nik Nasri

BANGI, 24 Feb – “Kita diajar solat berjemaah. Ikut imam, jangan mufaraqah (pisah). Begitu juga berjemaah dalam perjuangan. Ikutlah pemimpin (lagipun ia tak bercanggah dengan syarak), jangan mufaraqah. Ini tidak, dia dah mufaraqah dari jemaah, kemudian ajak pula orang lain.”

Perkara ini ditegaskan oleh Dato’ Dr Johari Mat, ahli Majlis Syura Ulama ketika membentangkan tajuk pertama kertas kerja Liqa’ Fikri PAS Pusat pagi ini iaitu Disiplin Qiadah (Kepimpinan) Dan Amilin (Petugas) Dalam Pilihanraya.

Ia barangkali merujuk kepada beberapa orang bekas pimpinan PAS yang keluar parti dan menubuhkan parti lain setahun dua yang lepas.

Beliau menambah, “Jangan ada lagi selepas ini rasa tidak puas hati terhadap calon pilihanraya sehingga ada rombongan yang bertemu pemimpin. Kita diajar supaya taat kepada pimpinan selama mana tidak bercanggah dengan syarak.”

Ingatan ini dibuat di hadapan sekitar 1300 orang peserta Liqa’ Fikri PAS Pusat di Bangi.