Home Berita PAS Kedah

Anak Penjual Ikan cemerlang SPM

76
SHARE

PADANG SERAI – Kegigihan bapa mencari rezeki sebagai penjual ikan menjadi pembakar semangat kepada pelajar Maktab Mahmud Kulim, di sini untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajar Malaysia (SPM).

Khairunnisa Azhar, 18 yang memperoleh keputusan 10A itu merupakan anak kepada salah seorang aktivis PAS Kawasan Padang Serai yang aktif.

Selain bekerja di Pasar Awam Kelang Lama, Kulim Azhar Ahmad turut aktif dengan aktiviti Alternative Riding Club (ARC) Kubang Pasu dan merupakan mantan Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Padang Serai.

Berkongsi rahsia kecemerlangan anaknya, beliau yang mesra dengan panggilan Abang Art memberitahu bahawa pelajar perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT.

“Pelajar perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua para guru. Pelajar mesti ikut apa sahaja arahan cikgu mereka,” katanya.

Selain itu, beliau bersama isterinya Puan Kamariah Hasan berterusan berdoa kepada Allah untuk kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat.

Di akhir pertemuan, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua guru dan kakitangan Maktab Mahmud Kulim atas kejayaan ini.

Untuk rekod, selain Khairunnisa, terdapat seramai 7 orang lagi yang mendapat 10A di Maktab Mahmud tersebut.