Home Kenyataan Media PAS Perlis

PAS Perlis sokong Penyatuan Ummah, tolak Khemah Besar

116
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
PAS PERLIS SOKONG PENYATUAN UMMAH, TOLAK KHEMAH BESAR

PAS Perlis menyambut baik kenyataan rasmi parti seperti yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah yang menolak idea ‘Khemah Besar’ bagi menghadapi PRU-15 tidak lama lagi.

Idea berkenaan pada asalnya bertujuan memastikan pertembungan satu lawan satu pada PRU-15 nanti, namun PAS Perlis melihat idea berkenaan hanya membuka ruang kepada parti-parti di dalam Pakatan Harapan untuk sama-sama menerajui kerajaan sekiranya memenangi pilihan raya nanti.

Rakyat dan Negara sudah pasti tidak lupa betapa perit dan sengsaranya berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan sebelum ini yang telah melakukan banyak pencabulan terhadap prinsip-prinsip asas yang menadi tunjang kedaulatan negara serta hak-hak umat Islam dan kaum Bumiputera di negara ini.

Justeru, PAS Perlis tetap yakin, satu-satunya solusi terbaik bagi menghadapi PRU-15 nanti adalah dengan memperkukuh usaha Penyatuan Ummah serta bersama-sama dalam satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrem dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

PAS Perlis juga menyokong penuh sebarang usaha daripada parti untuk terus menyeru seluruh parti Melayu Islam baik UMNO dan BERSATU untuk bersama-sama dalam membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam.

Sekian

“Islam Menyatukan Ummah”

MOHD SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
20 Jun 2022 | 20 Zulkaedah 1443H