Home Berita PAS Kedah

Ride makan durian ARC Padang Serai

51
SHARE

PADANG SERAI – Musim durian datang lagi. Alternative Riding Club (ARC) Kawasan Padang Serai mengambil peluang menganjurkan aktiviti “Ride Makan Durian” sempena cuti ulang tahun Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah, semalam.

Pelepasan konvoi motosikal ahli ARC Padang Serai itu bermula dari Masjid Jamek An-Najah, Pekan Padang Serai menuju ke Pondok Ustaz Zamri Che Teh, Batu 8, Baling, Kedah.

Ahli ARC yang menyertai program kali ini turut berkesempatan menziarahi Tuan Guru Ustaz Zamri Che Teh di pondoknya.

Mereka kemudiannya telah dijamu dengan durian kampung yang sangat sedap dan digemari ramai yang sudah luruh.

Turut serta dalam rombongan kali ini ialah Pengarah DACS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman.