Home Berita PAS Johor

Anak muda akan buat pilihan bijak – Selvendran

160
SHARE

Oleh Nazirul Munir

Kluang : Anak-anak muda akan buat pilihan yang bijak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini kerana mereka matang dan bijak dalam perkembangan semasa di media sosial.

Demikian dinyatakan Ketua Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Johor, Selvendran Velu sewaktu majlis jamuan makan malam dan pengenalan calon N30 DUN Paloh di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Muhibbah, Paloh malam tadi.

“Saya berjalan sekitar Paloh dan berbual dengan warga paloh saya dapat lihat kebanyakan mereka tidak dapat peluang pekerjaan, saya akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian kerana pertanian ini sentiasa ada permintaan.

“Saya juga akan masukkan industri kecil sebagai peluang pekerjaan yang secara tidak langsung membantu menyelesaikan masalah peluang pekerjaan di Paloh,”ujar beliau.

Senvendran yang juga merupakan Setiausaha DHPP Pusat menyatakan Jentera Perikatan Nasional (PN) sentiasa mematuhi SOP dan peraturan pihak berkuasa.

“Parti PAS perkara pertama yang diajar adalah patuh pada peraturan, saya selalu ingatkan kepada jentera kita (Perikatan Nasional) apa-apa peraturan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Polis kita kena patuh.

“Saya akan memantau terlebuih dahulu kawasan yang akan saya datang, jika mereka mematuhi SOP lah saya akan masuk ke dalam,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian selepas mengulas kenyataan media Ketua Polis Daerah Kluang, Low Hang Seng mengenai kes perlanggaran SOP berkempen.

“Saya minta untuk anak-anak muda untuk keluar mengundi dan jangan anggao satu undi tidak membawa perubahan. Kadang-kadang satu undi ini adalah penentu,”katanya.

Seramai 11,441 orang pemilih berumur 18 sehingga 40 tahun layak mengundi di N30 Paloh berbanding pemilih yang berumur 41 tahun ke atas (14,390 orang).

Kerusi Paloh telah dimenangi oleh Syeikh Omar Ali daripada Ph pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lepas yang memperolehi 8958 undi menewaskan calon BN, Teoh Yap Kun (8715 undj) dan calon Bebas, Shamugam Muniasamy (61 undi) dengan majoriti sebanyak 783 undi.

Pada PRU-14 yang lepas juga PH telah membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi, manakala BN memperolehi 19 kerusi, sementara PAS pula mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalan Dewan Undangan Negeri Johor dengan sebanyak 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.