Home Berita PAS Pahang

Sumbangan kepada mangsa ribut dan banjir Beserah

98
SHARE

Oleh: HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 3 Mac :: Sebanyak tujuh buah rumah telah mengalami kerosakan akibat angin kencang dan ribut di sekitar Kampung Pantai Beserah, Kampung Baru Beserah dan Kampung Batu Hitam dekat sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu telah menyantuni mangsa-mangsa yang terlibat bagi mengetahui kerosakan yang telah berlaku pada hari kejadian.

“Kerosakan yang dialami tidaklah begitu serius, ada yang atap diterbangkan dalam tujuh, lapan keping. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

“Bantuan awal bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bencana ini telah diberi dan pihak DUN Beserah juga telah memberi sedikit sumbangan,” ujar Andansura Rabu.

Menurut beliau lagi, maklumat telah dikumpul dan dipanjangkan kepada pihak agensi kerajaan untuk tindakan bagi bantuan memperbaiki atap yang rosak dan telah diterbangkan.

Terdahulu Andansura Rabu telah menerima sumbangan untuk mangsa banjir dari Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kuantan di pejabatnya untuk 10 keluarga di sekitar Seberang Balok pada hari yang sama.

Barangan tersebut adalah dalam bentuk peralatan dapur iaitu, periuk nasi elektrik, cerek elektrik dan dapur gas yang akan disampaikan oleh Andansura Rabu kepada mangsa-mangsa berkenaan.

Beliau sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan dan mengharapkan (PBSM) akan terus maju dalam usaha kemanusiaannya membantu masyarakat.