Home Berita PAS Kelantan

Anak Kelantan di perantauan berperanan besar – MB

67
SHARE

SELANGOR, 19 April: Sememangnya rakyat Kelantan banyak berbakti kepada negara dalam pelbagai sektor dan bidang terutama pendidikan (menjadi guru), agama (pendakwah) dan koporat (usahawan).

“Ambo ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PERAKAN dan rakyat Kelantan yang berkhidmat diluar Negeri Kelantan yang banyak memberi kebaikan dalam menaikkan nama Negeri Kelantan itu sendiri”.

Ucap Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob semasa merasmikan Majlis Ihya’ Ramadan Pimpinan Kerajaan Negeri bersama Anak Kelantan Di Perantauan Zon Lembah Klang, Ahad lepas.

Menurutnya, peranan perantau amat penting dalam merancakkan ekonomi dan kuasa beli rakyat Kelantan kerana mereka (anak perantau) akan mengirimkan duit kepada keluarganya di kampung halaman.

“Kita (kerajaan negeri) berasa bertuah kerana anak-anak perantau turut menyebarluaskan ilmu-ilmu Islam terutama di Sabah dan Sarawak. Untuk itu, kerajaan negeri sangat berbesar hati dan terhutang budi kepada seluruh perantau yang mengharumkan nama Kelantan di luar negeri”.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri dari Kelantan serta Presiden Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia), Datuk Dr Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin.

Berucap di hadapan lebih kurang 700 anak perantau yang hadir ke majlis yang diadakan di Bangi Convention Center, Menteri Besar mengajak dan menyeru supaya hadirin dapat memahami, keamanan negara sangat perlu dalam meletak dan menaikkan Islam di tempat sebaiknya dan ia bertepatan dengan ayat tadarus yang di pilih pada tahun ini iaitu ayat 90-94 Surah Toha.