POKOK SENA – Ameerah Pokok Sena turun ke 16 rumah ibu muda yang baru melahirkan anak di sekitar DUN Bukit Lada dan Bukit Pinang.
Ketua Ameerah Pokok Sena, Nurafwa Ismail berkata setiap bulan Ahli Jawatankuasa akan turun ke lapangan melalui Program Siri Ziarah Ameerah Care yang akan menyantuni ibu-ibu muda yang baru bersalin tidak kira kaya ataupun miskin.
“Kali ini sudah memasuki siri ke-10 ziarah ke rumah-rumah. Berbekalkan buah tangan ‘mommy kit’ daripada Ameerah Pokok Sena ini diharapkan sedikit sebanyak menceriakan hari mereka.
“Saya berharap agar Program Ameerah Care ini dapat terus dilaksanakan agar lebih ramai ibu muda yang cakna berkaitan agenda kerajaan. Salah satunya ialah Skim Anakku Sejahtera yang memperuntukkan sebanyak RM100 diberikan kepada setiap kelahiran untuk tabungan pengajian masa hadapan mereka,” ujarnya.