Home Berita PAS Kedah

Kebakaran Maahad As Syatirie Dulang Besar, PAS Jerai rakam takziah dan hulur sumbangan

112
SHARE

DULANG BESAR – Prihatin dengan tragedi kebakaran yang berlaku di Maahad As Syatirie Dulang Besar pada petang Sabtu, PAS Kawasan Jerai segera tampil melawat dan menghulurkan sumbangan awal kepada pihak pengurusan Maahad.

Menurut Ketua Balai Bomba Sg.Yan, En Fauzi kebakaran yang berlaku telah memusnahkan 40% bangunan Maahad. Tindakan pantas beberapa jentera bomba dari balai bomba Sg. Yan yang tiba beberapa minit selepas mendapat panggilan kecemasan telah dapat mengurangkan kesan kemusnahan. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Hadir mewakili PAS Jerai ialah YB Ust Sabri bin Azit, Ahli Parlimen Jerai yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerai. Turut hadir Ust Muaaz Othman dan Ust Mohamad Ismail selaku Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan. Hadir mewakili Maahad As Syatirie ialah Tuan Guru Ust Zulkifli dan Ust Zanuddin.