Home Artikel PAS Melaka

Ameerah lancar program ‘Street Siasah’ sempena Hari Kebangsaan kali ke-63

284
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

HANG TUAH JAYA, 31 Ogos : Bersempena sambutan Hari Kebangsaan kali ke-63, Ameerah Melaka telah menganjurkan program ‘Street Siasah’ di Taman Botanikal di sini pagi ini.

Program yang dijalankan adalah berbentuk temubual khusus bersama anak muda yang hadir di sini pagi tadi.

Program telah bermula jam 8.30 pagi dengan sesi taklimat kepada semua sukarelawan yang hadir.

Antara soalan yang diajukan kepada anak muda yang ditemui adalah mengenai Malaysia, kemerdekaan dan perkembangan semasa negara.

Hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati masih ramai yang mengelak untuk menjawab soalan berkaitan politik, namun rata-rata responden memberi kerjasama yang baik dan positif untuk sesi temubual tersebut.

Pengarah Ameerah Melaka, Humaira Jameelah berkata, program ‘Street Siasah’ ini merupakan program pertama Ameerah Melaka bertemu anak muda.

Tambah Humaira, fokus penganjuran program ini adalah untuk mendapatkan respons mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional serta mempromosikan kewujudan Ameerah sebagai entiti wanita muda di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia.

“Ameerah perlu anjurkan lebih banyak aktiviti bersama anak muda bagi memberi pencerahan mengenai politik Islam kepada mereka serta memperbanyak penerangan tentang kepentingan politik kepada pembinaan sesebuah negara”, katanya.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)