Home Artikel PAS Melaka

PAS Tangga Batu anjur konvoi merdeka anak muda

299
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 31 Ogos : Bagi meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia kali ke-63, PAS Kawasan Tangga Batu bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tangga Batu telah menganjurkan Program Konvoi Merdeka Anak Muda Tangga Batu yang bermula di markas PAS Darul Taalim Sungai Udang di sini semalam.

Program yang bermula jam 2.30 petang ini disertai seramai 60 orang anak muda dan telah dilepaskan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin.

Peserta konvoi seterusnya bergerak menuju ke beberapa ‘check point’, antaranya Pantai Puteri dan Dataran Klebang di mana di kedua-dua ‘check point’ ini turut dijalankan aktiviti edaran bendera percuma kepada orang ramai.

Konvoi seterusnya menuju ke ‘check point’ terakhir iaitu di Masjid As Solihin Paya Rumput di mana program itu diteruskan dengan aktiviti solat berjemaah diikuti oleh tazkirah ringkas oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Turut hadir pada program hari ini adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Hanim Abas serta beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tangga Batu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)