Home Artikel PAS Melaka

Ameerah Care HTJ teruskan misi kebajikan pasca PKP 2.0

198
SHARE
Keluarga Mohammad Nur Iman

Oleh SITI HAJAR

HANG TUAH JAYA, 15 Mac : Selepas berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, Ameerah Care Hang Tuah Jaya (HTJ) meneruskan kembali aktiviti ziarah ukhuwah dan mahabbah yang dimulakan dengan menziarahi golongan asnaf sekitar Dun Bukit Katil dan Pengkalan Batu, di sini, semalam.

Menurut Ketua Ameerah Care HTJ, Nurul Syazwani Saibe, terdapat tiga maklumat asnaf yang diketahui sedang mengalami kesusahan dan ada yang hilang mata pencarian akibat pandemik Covid-19.

“Encik Mohammad Nur Iman merupakan ketua keluarga yang terjejas pendapatan kerana mengalami masalah ‘slipped disc’, sekarang tidak boleh bekerja dan sebelum ini pun hanya menyara keluarga dengan mengumpul dan menjual barang terpakai.

“Keluarganya ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan dan isteri pula membantu menambah pendapatan dengan menjual kuih-kuih tetapi masih tidak cukup,” jelas Syazwani.

Katanya lagi, jumlah pendapatan mereka tidak dapat menampung perbelanjaan sewa sebanyak RM300 sebulan dan perlu menanggung dua orang anak kecil yang berumur 11 tahun dan satu tahun setengah.

“Sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga Mohammad Nur Iman boleh maklumkan isterinya, Nur Suhana, di talian 012-9147771,” ujar Syazwani.

Sementara itu, ujian pandemik Covid-19 menyebabkan dua buah keluarga iaitu Nurul Ridhuan Shahruddin yang tinggal di Kampung Pengkalan Batu serta Amar Hazik Yuszaimi yang tinggal di Kampung Bukit Pulau yang mengalami kesempitan hidup.

Keluarga Nurul Ridhuan Shahruddin

Syazwani berkata, Nurul Ridhuan Shahruddin hanya mampu meraih pendapatan berjumlah RM600 sebulan dengan pekerjaannya sebagai pembantu warung nasi lemak sedangkan dia perlu menyara isteri dan empat orang anak berusia lapan, tujuh dan lima tahun serta bayi yang berusia tiga bulan.

“Bagi yang ingin menyumbang secara terus kepada Nurul Ridhuan, boleh hubungi nombornya sendiri iaitu 011-28950351.

“Manakala untuk keluarga Amar Hazik nombor yang boleh dihubungi ialah 016-3976290. Dan untuk makluman, dia kini hilang pekerjaan dan terpaksa menanggung isteri serta anak berusia setahun lima bulan sambil menunggu peluang pekerjaan yang baharu,” ujar Syazwani kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Ameerah Care HTJ amat mengalu-alukan sebarang maklumat mereka yang memerlukan bantuan dan maklumat tersebut boleh disampaikan kepada AJK Ameerah Care, Siti Umairah Mohd Ali, di talian 013-6658175.

Keluarga Amar Hazik Yuszaimi