Home Kenyataan Media Presiden PAS

Perikatan Nasional: Tawaran Baharu Kepada Rakyat Malaysia

1301
SHARE

Kenyataan Media Presiden PAS

PERIKATAN NASIONAL: TAWARAN BAHARU KEPADA RAKYAT MALAYSIA


1. PAS menyambut baik saranan YAB Perdana Menteri bahawa Perikatan Nasional (PN) adalah suatu tawaran baharu (new deal) kepada rakyat Malaysia, demi memastikan kebajikan rakyat terjamin, mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan mengekalkan keharmonian antara kaum.

2. PAS berpegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang, konsep adil untuk semua, kepimpinan berintegriti dan berakhlak budiman serta mengambil pendekatan politik yang menyatukan ummah.

3. Justeru PAS menyeru semua pihak supaya mendukung pendekatan sederhana, prihatin rakyat dan berkebajikan yang dibawa oleh PN, dan menolak pendekatan ekstrem, oportunis dan melampau yang tidak sesuai dengan negara Malaysia bermasyarakat majmuk.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Sya’ban 1442 / 15 Mac 2021