Home Berita PAS Johor

AMAL ISLAMI 2019: TERBANG TUNDUK SI CILIK ILMUWAN

1224
SHARE

MUNA AZIZ / 22 September 2019

PASIR GUDANG, 22 September 2019: Jabatan SRITI Negeri Johor dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah menganjurkan Program Amal Islami SRITI Peringkat Negeri Johor pada 21 September 2019 semalam.

Program yang kali kedua diadakan pada tahun ini bertujuan memberi pendedahan serta mencungkil bakat pelajar. Selain berfungsi sebagai pemangkin pencapaian pelajar yang lebih cemerlang.

Sebanyak 12 acara yang dipertandingkan yang terdiri daripada nasyid, kalam jamaie, azan, khutbah, hafazan, tilawah, pidato dan bercerita.

Peserta-peserta cilik yang menyertai merupakan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) seluruh Negeri Johor yang masing-masing merupakan berusia di antara 7 hingga 10 tahun.

Juara keseluruhan telah dimenangi oleh SRITI Ilmi daripada kawasan Iskandar Puteri dengan merangkul enam emas, satu perak, dan dua gangsa kesemuanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Naufal bin Mahfodz berucap dalam majlis penutupan Amal Islami berkata, “Kita mahu anak-anak bangsa kita menjadi model al-Quran yang bergerak dan menjadi simbol agama Islam yang dicontohi”.

Beliau yang juga Penasihat SRITI Johor memaklumkan dalam ucapannya bahawa pendidikan atau silibus amat penting bagi melahirkan ilmuwan yang menjadi model kepada masyarakat melalui murobbi yang bukan sahaja mengalihkan ilmu kepada anak-anak, tetapi sentiasa mengambil berat mengenai peribadi dan sahsiah pelajar demi melahirkan generasi yang lebih baik.

Majlis penutupan Amal Islami ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Naufal bin Mahfodz, Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Muhammad Azlan bin Haji Alias dan juga Pengarah Jabatan SRITI Negeri Johor, Dr Muhammad Asraf bin Ismail.