Home Artikel PAS Johor

PAS Umno Pasir Gudang erat hubungan parti

342
SHARE

PAS Umno Pasir Gudang erat hubungan parti

IQRIMAH ADDIN / 21 September 2019

19 September- Pertemuan antara Umno Bahagian Pasir Gudang dan PAS Pasir Gudang di Pejabat UMNO Bahagian, Bandar Seri Alam.

Wakil PAS diketuai oleh Tn Hj Azhari Mohd selaku YDP PAS Kawasan Pasir Gudang merangkap Penolong Setiausaha PAS Johor.

Manakala, wakil Umno diketuai oleh Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Nordin selaku Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang merangkap Naib Presiden Umno Malaysia.

Seramai 10 orang wakil daripada barisan Kepimpinan PAS Pasir Gudang telah menghadirkan diri pada malam tersebut. Semoga dengan pertemuan pada kali ini dapat mengenal satu sama lain di antara barisan pimpinan Umno dan PAS Pasir Gudang.

Pelbagai perbincangan yang dibincangkan moga penyatuan ini dapat memperbanyakkan program yang akan datang demi memantapkan Muafakat Nasional.