Home Berita PAS Sabah

[ KENYATAAN MEDIA ] DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

812
SHARE

21 SEPTEMBER 2019 / 21 MUHARRAM 1441H

SIARAN KARIKATUR AKHBAR ‘OVERSEAS CHINESE DAILY NEWS’ BERSIFAT BIADAP.

1) Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah memandang serius langkah biadap akhbar OVERSEAS CHINESE DAILY NEWS dengan sengaja dan dengan niat menyiarkan karikatur yang menghina Presiden PAS dan Presiden UMNO di muka A21 akhbar itu pada 19 September 2019 lalu.

2) Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menganggap penyiaran yang berpangkalan di Sabah itu dilihat bertujuan menghina bukan sahaja Presiden PAS dan Presiden UMNO, malah Penyatuan Ummah yang turut melibatkan seluruh rakyat yang digambarkan sebagai ekstrim oleh mereka.

3) Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan menggerakkan seluruh Pemuda PAS di negeri ini untuk membuat laporan polis dan tindakan lanjut agar pihak berwajib mengambil tindakan sepatutnya.

4) Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah juga menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula permit penerbitan akhbar berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

MUSTAMAN BIN MUSTAIN,
KETUA PENERANGAN,
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH