Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Akaun Facebook Ustazah Hamidah bukan mewakili PAS

11199
SHARE

Beberapa bulan yang lalu, tular di media sosial bahawa akaun facebook ‘Ustazah Hamidah’ dikatakan dari kumpulan cybertrooper atau mujahid siber yang dibayar oleh PAS.

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa akaun tersebut adalah facebook yang tidak dikenali dan bukan mewakili PAS ataupun Mujahid Siber.

Sekali lagi, PAS tegaskan bahawa akaun tersebut bukan dari PAS. Berikut adalah kenyataan beliau yang dipetik dari akaun facebook beliau;

Buat semua sahabat seperjuangan,

Sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, saya tegaskan bahawa akaun facebook yang mengguna nama Ustazah Hamidah adalah facebook yang tidak kenali dan bukan mewakili PAS ataupun Mujahid Siber PAS. Kami tidak bertanggungjawab diatas apa jua penulisan facebook berkenaan.

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua penerangan PAS Pusat