Home Berita PAS Terengganu

Mangsa rumah terbakar di Kampung Binjai Che Lijah dapat perhatian YB PAS

1108
SHARE

DUNGUN: Mangsa kebakaran di Kampung Binjai Che Lijah, disini  telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Dungun,Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan juga ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun.

Kunjungan ini menunjukkan tanda keprihatinan PAS terhadap rakyat yang ditimpa musibah.

Disamping menyampaikan sumbangan awal, kehadiran Yang Dipertua PAS Dungun itu, pada 19 Februari cuba mengurangkan sedikit kedukaan mangsa kebakaran, Mohd Shamrizal Mat Jusoh, 34 dan keluarganya.

Ustaz Wan Hassan yang turut meninjau di sekitar tempat kejadian telah diiringi oleh Cikgu Alias yang telah bergegas ke tempat kebakaran pada Ahad, 18 Februari 2018 yang lalu.

Mangsa dan isterinya,  Rozizailani bt. Abdul Ghani  serta tiga orang anak mereka yang masing-masing berusia 10,9 dan 2 tahun kini menumpang di rumah ayahnya  di Balai Besar.

Di dalam kebakaran yang berlaku pada 11.30 pagi itu, dipercayai berpunca wayar letrik, merebak hanya dalam masa 30 minit sahaja  itu turut melibatkan rumah neneknya yang kebetulan tiada di rumah.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Dungun dan Al Muktafil Billah Shah telah dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya menghalang api

yang sebelumnya marak daripada terus merebak ke rumah ketiga yang terletak berhampiran.

Sehubungan itu,  orang ramai dipelawa menyumbang untuk membantu mangsa, menerusi akaun Maybank isterinya Rozizailani bt. Abdul Ghani  yang bernombor 1640-2587-9189.