Home Artikel PAS Perlis

Wanita Umno Hadir Tadarus Al-Quran Muslimat Arau

144 views
SHARE

Oleh: Nur Fariha Husna

ARAU : Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau telah diadakan pada 18 Mei yang lalu bertempat di Surau Pauh Tiga Beradik, Sanglang.

Majlis tersebut mendapat penyertaan kira-kira 100 orang muslimat terdiri daripada para penggerak DMPK Arau serta penduduk setempat.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Penerangan Wanita UMNO Arau, Hajjah Sabani Mat.

Selain bertadarus, para peserta turut mendengar tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Ummu Tasneem.

Beliau menjelaskan perihal kelebihan Ramadhan serta keistimewaan bacaan Al-Quran sepanjang bulan tersebut.

Bakal menyusul tidak lama lagi, Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis yang akan diadakan pada 22 Mei 2019 bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) bermula jam 8.30 pagi.