KOTA BHARU, 1 April: Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Ahmad Yakob mengumumkan berita baik kepada pelanggan Syarikat Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) selepas Sidang DUN, semalam.
“Kita akan menghadapi Ramadan beberapa hari lagi, Kerajaan melihat sepanjang Ramadan ini bagi pengguna-pengguna air AKSB yang menggunakan tidak lebih RM30 bagi satu akaun, Kerajaan akan tanggung selama sebulan ini, melibatkan 146,600 akaun pengguna dengan implikasi kewangan lebih kurang RM3 juta,” katanya diiringi tepukan gemuruh ahli sidang.
Pada masa sama, setelah mengambil kira keluhan para ADUN berkaitan keperluan rumah dhu’afat kepada rakyat di DUN masing-masing, Ustaz Dato’ Ahmad turut mengumumkan peruntukan tambahan RM10.67 juta bagi pembinaan rumah tersebut.