Home Artikel PAS Melaka

Ahli PAS patuh arahan menyatukan umat Islam – Bakri Jamaluddin

261
SHARE

Oleh SITI HAJAR

HANG TUAH JAYA, 19 Mac : Ahli-ahli PAS sentiasa patuh kepada arahan pimpinan pusat dan Tuan Guru Presiden PAS berkenaan perpaduan antara umat Islam iaitu parti UMNO dan Bersatu supaya umat Islam tidak menjadi lemah kerana berpecah.

“Di Klebang saya lihat Ustaz Md Isa Jantan, sangat aktif dengan saudara Asri daripada Umno. Mereka sering ke masjid, alhamdulillah, ini menunjukkan kita panggil kesatuan, kesefahaman yang baik yang berlaku di kalangan parti-parti, khususnya di Parlimen Tangga Batu.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS ketika menjadi panelis sebuah program bual bicara Melaka Updates malam semalam.

Mengulas mengenai aktiviti kebajikan yang telah dilakukan PAS bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di Kawasan Tangga Batu, beliau berkata PAS Tangga Batu sudah dua tahun turut menganjurkan program ‘back to school’.

“Dan kita mengeluarkan biaya, kalau tak salah saya hampir lebih 40 ribu ringgit kita keluarkan biaya parti dan sumbangan daripada orang ramailah.

“Dan baru-baru ini musim Covid-19 juga kita mengeluarkan pelbagai bantuan Covid-19 yang bukan bantuan daripada kerajaan, JAPERUN tetapi daripada orang ahli-ahli PAS yang memberikan kita panggil bantuan.

“Kalau tak silap saya sekitar 46 ribu ringgit yang kita bagikan ke empat-empat Dun,” kata beliau dalam program diskusi Melaka Update semalam.

Program diskusi Melaka Update yang bertajuk ‘PAS parti kampung?’ itu telah dipencarkan secara dalam talian menerusi laman Facebook PAS Melaka yang dipengerusikan oleh Editor Harakah, Ibnu Janie bersama panelis jemputan iaitu Ketua Penerangan PAS Melaka, Haji Bakri Jamaluddin malam tadi.