Home Berita PAS Sabah

PAS Kinabatangan rai para Jururawat

29
SHARE

Oleh: Liyana
25 Mei 2022

KINABATANGAN: Bersempena dengan Hari Jururawat Sedunia yang disambut baru-baru ini, PAS Kinabatangan telah menyantuni dan meraikan mereka dengan menziarahi para jururawat yang bertugas di Hospital serta Klinik Kesihatan sekitar Kinabatangan.

Cenderahati berupa Kek sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas jasa dan pengorbanan para jururawat telah disampaikan sendiri oleh Naib Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Tieya Puddin.

“Walaupun hari jururawat sudah berlalu, namun kita masih boleh raikan para jururawat, kerana merekalah barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan untuk masyarakat dan negara.

Jururawat yang ditemui menzahirkan rasa terharu dan rasa dihargai apabila menerima kunjungan dan cenderahati daripada PAS Kinabatangan. Mereka berterima kasih kerana masih mengingati mereka walaupun hari jururawat sudah berlalu.

Turut sama turun dalam program ini ialah Ketua Dewan Muslimat, Izzah Innah, Ikon Muslimat Muda, Shahirah Salasain, Ameerah serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan yang lain.