Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Baling nafi kaitkan PM ejen Israel

498
SHARE

BALING – Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad menafikan sekeras-kerasnya pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pengaruh Israel sebagaimana video ditularkan.

Beliau berkata, video yang menggunakan gambar beliau sebagai latar belakang tersebut tiada kaitan dengan dirinya.

“Kesan penyebaran video dengan suara latar seorang wanita itu membuatkan ada yang mempercayainya walaupun jelas ia bukanlah kenyataan atau suara milik saya.

“Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan seperti mana didakwa dan ditularkan dalam video berkenaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta semua pihak supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum mudah mempercayai apa-apa berita atau maklumat.