Home Berita PAS Sabah

PAS sentiasa mengutamakan sektor pendidikan

203
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
29 November 2022

SANDAKAN: PAS sentiasa mengutamakan sektor pendidikan sejak awal penubuhannya di negeri Sabah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Sahar Abdul Majid berkata, sejak tahun 1989 lagi, parti itu telah mewujudkan pusat pendidikan awal kanak-kanak di negeri itu dengan menyewa sebuah bangunan di Sandakan.

“Walaupun PAS bukan memerintah kerajaan, namun telah berjaya menyediakan sistem pendidikan yang baik untuk masyarakat.

“Sektor pendidikan ini akan terus diperkasakan walaupun PAS tidak menerajui kuasa pemerintahan sekalipun,” ujarnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan, telah merasmikan Temasya Sukaneka PASTI Kawasan Sandakan kali ke 31 di Kompleks Sukan Sandakan, semalam.