KOTA BHARU, 27 Apr: Pusat Khidmat DUN Tanjong Mas meneruskan agihan Sumbangan Ramadan kepada penduduk sekitar. Sumbangan barangan dapur ini bersasar kepada yang memerlukan mengikut 41 cawangan PAS di DUN Tanjong Mas.
Bagi mengelakkan kesesakan, 410 bungkus agihan ini diselaras mengikut 10 Unit Daerah Mengundi di DUN Tanjong Mas. Terima kasih PKD Tanjong Mas dan barisan Penghulu Mukim.