Home Artikel PAS Sabah
31
SHARE

PROGRAM SINAR KASIH RAMADAN

Tarikh : 27hb April 2021

TUARAN : Program Sinar Kasih Ramadan baru sahaja selesai dan melabuhkan tirai. Seramai 100 orang penerima sumbangan di sekitar Tuaran diraikan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan akan turun ke kawasan sekitar negeri Sabah pada bulan Ramadan bagi meraikan penduduk yang kurang mampu.

Misi Sinar Kasih Ramadan yang diketuai oleh Tuan Aminudin Aling, selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah merangkap YDP PAS Kawasan Tuaran berkata, program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah ini adalah untuk meraikan penduduk muslim dan mualaf bagi sama-sama menyambut bulan Ramadan.

Sebanyak empat buah kampung di sekitar Tuaran telah terlibat dalam penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadan tahun ini. Antaranya, Kampung Tagas, Kampung Tambalang, Kampung Serudung dan Kampung Indai.

Hadir bersama semasa program, Aminudin Aling Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah merangkap YDP PAS Kawasan Tuaran, Aminuddin Junit NYDP PAS Kawasan Tuaran, Nur Izzati Yusof Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Siti Armah Abu Bakar Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tuaran, Muhd Zarif Siraj Ketua Pemuda PAS Kawasan Tuaran, Mat Takim Norakim Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tuaran, Unit Team Ziarah LKK DMPNS beserta barisan AJK PAS Kawasan Tuaran.

#KamiPrihatin
#SinarKasihRamadan
#SkuadPrihatin
#LKKDMPNS