Home Berita PAS Kelantan

Agihan ‘Ad Hoc’ Armalah Fasa II DUN Kelaboran

241
SHARE
TUMPAT, 10 Mei: Pusat Khidmat DUN (PKD) Kelaboran telah mengagihankan sumbangan ‘Ad Hoc’ Armalah untuk Fasa II bagi tahun 2021. Majlis penyampaian one-off untuk armalah dan anak yatim ini telah disampaikan oleh Penghulu-Penghulu kepada 250 orang penerima dengan mematuhi SOP PKP. Sumbangan ini adalah dibawah peruntukan Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan sebanyak RM50,000.00 untuk fasa II.
Jumlah keseluruhan penerima untuk kedua-dua fasa adalah seramai 500 orang penerima dengan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi setiap DUN. Fasa I telah diadakan pada 9 Mei.