Home Artikel PAS Kedah

PAS Pendang santuni pengorbanan “Frontliner”

35
SHARE
PENDANG- Tugas seorang wakil rakyat bukan sekadar menyelesaikan masalah dan mempermudahkan urusan harian rakyat di kawasan yang diwakilinya, malah lebih dari itu.
Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pendang, Baharudin Ahmad dan Romlan Hamid bersama Setiausaha Sulit YB Timbalan Menteri Sumber Manusia,  Ustaz Saiful Syazwan Syafie mewakili YB Datuk Haji Awang Hashim dan YB Dato’ Dr. Mohd. Hayati Othman hadir menziarahi ke agensi – agensi kerajaan di sekitar Parlimen Pendang bagi menyampaikan sumbangan kuih raya Aidilfitri serta beramah mesra bersama anggota yang bertugas.
Antara agensi yang dilawati ialah Pejabat Daerah Pendang, MADA Daerah Pendang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah , Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pendang (AADK) , PAROL Daerah Pendang (Jabatan Penjara Malaysia), Pejabat Pendidikan Daerah Pendang serta BOMBA dan Penyelamat Daerah Pendang.
Ramai antara mereka adalah petugas barisan hadapan atau Frontliner dijadualkan bertugas pada 1 Syawal bagi mengekang penularan wabak Covid19 yang masih mengganas.