Home Berita PAS Kedah

Adun tinjau program suntikan Vaksin bergerak

29
SHARE

Oleh: Tahirah Mat Hussain

Pedu – ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin hadir untuk meninjau perjalanan program suntikan Vaksin bergerak yang diadakan di Surau Kampung Kepala Batas, di sini, hari ini.

Program ini adalah inisiatif daripada Jabatan Kesihatan Daerah Padang Terap bagi memudahkan penduduk di pedalaman khususnya warga emas dapat diberi suntikan vaksin Covid-19.

Kolaborasi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung  (JPKK) serta masyarakat Kampung Pinang, Tong Pelu, Banggol Pong, Tanjung Luar dan  Padang Setol berjaya mengumpul seramai 100 warga emas untuk diberi suntikan vaksin Covid-19.

Dalam ucapan ringkasnya di program tersebut, Mohd Radzi mengharapkan program seumpama ini dapat digerakkan lagi ke kampung yang lain agar sasaran 80% Imuniti Kelompok dapat dicapai secepat mungkin.

“Saya berharap penduduk yang belum lagi mendaftar untuk Vaksin ini segeralah berbuat demikian di aplikasi MySejahtera,” katanya.

“Selain itu, kita semua perlu terus amalkan SOP yang ditetapkan agar dapat menghindari dari wabak Covid 19 ini. ”