Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hapus Hutang Peneroka Felda: Terima Kasih PM

137
SHARE

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas hasil usaha kerajaan dalam meringankan beban peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan melupuskan sebahagian hutang peneroka sebanyak 8.3 Billion.

2. Pelupusan ini dilaksanakan dengan inisiatif pelarasan peneroka secara bersyarat terutamanya melibatkan generasi awal yang banyak berjasa dalam pembangunan Kawasan FELDA. Ia merangkumi empat jenis pinjaman iaitu pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM8 bilion yang akan memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka, meliputi 82 peratus daripada keseluruhan 112,638 peneroka. Pelupusan hutang ini juga meliputi pelupusan baki pinjaman baja( 46 peratus peneroka) , baki pinjaman saham FGV Holdings Berhad ( 34 peratus peneroka ) dan baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019 ( 6 peratus peneroka ).

3. Pelupusan hutang bersyarat ini akan membolehkan peneroka menikmati hasil usaha mereka dengan beban hutang pinjaman yang minimum sehingga hanya perlu membayar hutang sekitar 20 peratus sahaja. Jika dahulu mereka perlu membayar sekitar satu ribu ringgit sebulan, selepas pelupusan hutang ini mereka hanya perlu membayar sekitar RM 200 ke RM 300 sahaja.

4. Ia merupakan usaha yang berterusan dari pihak kerajaan Perikatan Nasional bagi memulihkan FELDA dan mengembalikan hak lebih dua juta peneroka FELDA dalam negara. Sebelum ini, kerajaan telah memulakan pelan pemulihan dengan menghapus faedah hutang kebun sebanyak RM 400 juta.

5. Semoga segala usaha kerajaan dapat dimanfaatkan oleh lebih dua juta peneroka FELDA dalam menaikkan ekonomi keluarga masing-masing.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
10 Julai 2021 | 29 Zulkaedah 1442H