Home Berita PAS Kedah

Sukarelawan diseru tampil selaku tenaga sokongan kepada PPV

88
SHARE

Oleh: Wan Mohd Amirul Asyraf Wan Kamarzaman

POKOK SENA – Individu atau organisasi sukarelawan diseru untuk tampil sebagai tenaga sokongan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan banyak dibuka dalam masa terdekat.

Pakar Kesihatan Keluarga, Dr Saodah Hashim memaklumkan banyak Klinik Kesihatan akan dijadikan PPV manakala PPV Klinik Kesihatan Datuk Kumbar akan dikhususkan bagi memberi suntikan vaksin kepada ibu mengandung.

“Sehari-dua ini kita lihat kesedaran dan sambutan yang begitu hangat dari masyarakat untuk menerima vaksin Covid-19 dan ianya harus diberikan pujian.”

Beliau menyatakan demikian ketika menerima lawatan Exco Negeri Kedah, Wan Romani Wan Salim ke PPV Klinik Kesihatan Datuk Kumbar, di sini, hari ini.

Wan Romani ketika ditemui mengharapkan kerjasama antara pengurusan Klinik Kesihatan tersebut dan PAS Kawasan Pokok Sena agar lebih erat bagi membantu dan memudahkan urusan rakyat di sekitarnya.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Pokok Sena turut menyampaikan sumbangan PAS Kawasan kepada wakil Klinik Kesihatan dan bakul makanan kepada 10 orang ansaf yang tinggal di kejiranan lokasi ini.

200 pek cenderahati yang disediakan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD) Derga turut diedar kepada pengunjung yang hadir ke Klinik kesihatan tersebut.

Turut hadir , Ahli Majlis Bandarara Setar, Haji Muhammad Khamis, Ketua Dewan Muslimat PAS Pokok Sena, Ustazah Mekiah Shamsuddin Ketua MTD DUN Derga, Haji Yusuf Mat serta beberapa AJK MTD Dun Derga