Home Berita PAS Kedah

ADUN tinjau operasi PKOB Daerah Yan

190
SHARE

JERAI – ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat telah mengadakan lawatan dan mendengar taklimat operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Yan, di sini hari ini.

Kehadiran beliau yang turut membawa pek makanan tengah hari kepada para petugas dan sukarelawan PKOB ini turut disertai Pengarah Pusat Khidmat DUN Sungai Limau, Muaaz Othman.

Penolong Pegawai Daerah Yan, Mohamad Afifi Mohamad telah menyampaikan taklimat operasi PKOB yang dipengerusikan Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah itu.

Menurut beliau, operasi PKOB itu dibantu banyak agensi dalam melicinkan pentadbirannya sejak dibuka berikutan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun lalu.

Iaitu Pejabat Daerah Yan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan semua Penghulu Mukim.

Manakala agensi lain termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Kesejahteraan Kampung (JPKK) bersama Pusat Khidmat DUN dan Parlimen bertindak sebagai institusi sokongan.

Setakat hari ini, PKOB Yan telah mengagihkan 670 bakul makanan dan 14 keperluan lain yang disediakan pihak kerajaan negeri dan menyelaras bantuan diterima daripada pihak lain.

Pusat Khidmat DUN Sungai Limau menyalurkan 100 bakul makanan, manakala kerajaan negeri pula memperuntukkan 500 bakul makanan semasa awal operasi PKOB ini.

“InsyaAllah diharapkan akan ada lagi pihak yang akan sampaikan sumbangan kepada PKOB sebagai bantuan untuk keluarga yang terputus bekalan makanan semasa PKP ataupun kerana kuarantin COVID-19,” ujar Mohd Azam.