Home Berita PAS Kedah

MP Pendang bersiaraya sampai info kepada penduduk

186
SHARE

PENDANG – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim telah bersiaraya menyampaikan hebahan bersama pasukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pasukan polis di Taman Desa Tawakkal, KEDA Kampung Hujung Keton, Kampung Lincan, Kampung Tok Set dan Padang Durian.

Siaraya mengenai pendaftaran vaksinasi dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini penting dalam menyampaikan maklumat dengan lebih tersasar kepada golongan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman.

Di samping sebaran melaui siaraya, beliau juga menyampaikan pamplet dan pelitup muka kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang dikunjungi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia ini bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dengan agensi kerajaan akan mempergiatkan lagi kempen dengan matlamat memastikan tiada yang tertinggal daripada mendapat maklumat mengenai program kebangsaan ini.

“Dalam kita mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia haruslah disertai dengan perbanyakkan berdoa agar wabak COVID-19 ini berakhir dan kehidupan rakyat kembali seperti biasa,” kata Datuk Awang