Home Berita PAS Kedah

ADUN Tanjung Dawai tinjau pembinaan rumah asnaf penduduk Semeling

305
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

TANJUNG DAWAI, 15 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ust Hanif Hj Ghazali mengadakan lawatan ke Kampung Pengkalan, Semeling, baru-baru ini.

Kunjungan ini bagi melihat perkembangan dan proses pembinaan rumah untuk keluarga asnaf yang tergendala akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Jurucakap Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai berkata pembinaan rumah ini dibiayai oleh Pejabat Menteri Besar Kedah dan diuruskan oleh PKWR DUN Tanjung Dawai.

“Semoga sumbangan itu dihargai dengan penuh kesyukuran dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa”, katanya.

Turut sama Penyelia Zon, Puan Shamsinar Marzuki.