Home Berita PAS Kedah

Gotong Royong Perdana meriah

193
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

KUPANG, 15 Dis – Gotong Royong Perdana Daerah Baling 2021 berlangsung dengan meriah selepas dilaksanakan selama dua hari berturut-turut.

Aktiviti gotong royong berkenaan bermula serentak di Kampung Kuala Kuang dan Kampung Malau yang disertai penduduk kampung dan agensi-agensi kerajaan.

Program yang menumpukan kawasan pasca banjir kilat yang melanda kawasan Baling baru-baru ini dan diteruskan di Mukim Sungai Limau DUN Kupang dan beberapa kampung di DUN Kuala Ketil dan DUN Bayu sehinggalah 14 Disember, semalam.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman yang mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Lebih RM30 ribu diperuntukkan oleh kerajaan negeri bersama sumbangan ADUN Kupang, Kuala Ketil, Bayu dan Ahli Parlimen Baling bagi melancarkan program Gotong Royong Perdana Pasca Banjir Musim Peralihan Monsun Timur Laut Peringkat Daerah Baling yang berlangsung di perkarangan surau Kampung Bukit Kuala Kuang, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad, ADUN Bayu, Abd Nasir Idris dan ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria serta Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Mohd Abdullah.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”