Home Berita PAS Kedah

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah bersama Exco hadir Program Sambutan Ulang Tahun 70 Tahun PAS

117
SHARE

KUALA TERENGGANU, 15 Dis – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) tidak melepaskan peluang untuk hadir ke Program Sambutan Ulang Tahun 70 Tahun PAS bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid bersama Exco DPPNK, Saudara Nakhaie Naka telah hadir ke kemuncak Program tersebut dengan berpakaian seragam Jabatan Amal Malaysia telah mendapat layanan yang baik sepanjang program ini berlangsung.


Program Sambutan ini berjalan dengan lancar dan padat dengan aktiviti yang menarik terutamanya dari Dewan Pemuda PAS Malaysia seperti Konvoi Bermotor, Kayuhan Basikal, Pameran Kenderaan 4×4, Himpunan Semut Merah dan banyak lagi pada hari pertama.

Pada Hari Kedua, program dimulakan dengan Konvoi Bermotor mengiringi Tuan Guru Presiden yang diketuai oleh ARC Malaysia dan sejurus sampai di lokasi program, Jabatan Amal Malaysia telah mengadakan Perbarisan Hormat bagi menyambut ketibaan Tua Guru Presiden, YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Sumber : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah