Home Berita PAS Kedah

ADUN Sungai Limau adakan perbincangan dengan Pegawai SADA Yan

71
SHARE

Oleh ANA NAJWA

YAN, 26 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengadakan perbincangan dengan Pegawai Syarikat Air Darul Aman (SADA) Yan, di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sungai Limau, semalam.

Segala aduan tentang permasalahan bekalan air di bawah DUN Sungai Limau telah diajukan oleh YB ADUN dalam perbincangan tersebut.

Menurut SADA, pihak mereka akan berusaha menangani setiap aduan dan isu berbangkit dengan seberapa segera.

Dalam pertemuan tersebut YB ADUN turut dimaklumkan mengenai perancangan jangka masa panjang yang dirancang pihak SADA selaras dengan penaiktarafan Loji Rawatan Air (LRA) Jenun Baru.

“Sepatutnya pembinaan ini sudah lama selesai dan terlaksana.

“Namun akibat daripada penambahan rumah dan pembangunan lain, projek ini menjadi tertangguh sehingga menyebabkan berlakunya masalah-masalah seperti hari ini, kerana infrastruktur sedia ada sudah ketinggalan,” ujar wakil SADA.

Pihak YB ADUN berharap semoga projek penaiktarafan lima Loji Rawatan Air (LRA) yang diumumkan YAB Menteri Besar Kedah dapat berjalan lancar.

“Semoga usaha kerajaan hari ini dapat menyelesaikan isu bekalan air yang telah lama tertangguh,” katanya dalam satu kenyataan.