Home Berita PAS Kedah

15 nelayan sungai terima bantuan tangkul ketam

46
SHARE

Oleh ANA NAJWA

LEMBAH BUJANG, 27 Jan- Seramai 15 orang nelayan sungai di Kampung Pengkalan Langgar, Lembah Bujang menerima bantuan tangkul ketam dalam majlis penyerahan Bantuan Tangkul, Isnin lalu.

Penyerahan diadakan di kediaman salah seorang penerima, Encik Ibrahim Mohamad yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Hj Ghazali.

YB Ustaz Hanif berkata setiap nelayan terbabit menerima 10 tangkul ketam dan melalui kelengkapan ini dapat membantu mereka menambah hasil pendapatan menangkap ketam nipah.

“Semoga bantuan ini dapat membantu menambah hasil tangkapan ketam dan meningkatkan pendapatan mereka,” ujarnya.

Turut serta mengiringi dan menyampaikan bantuan ialah YDP PAS Merbok, Ustaz Hj Azizan Hamzah.