Home Berita PAS Wilayah

Bumbung rumah diterbangkan ribut, 70 penduduk ke PPS

104
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU,26 Jan- Seramai 70 penduduk daripada 10 keluarga di Pangsapuri Blok 4A/4B Taman Melati ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, 10 buah rumah mengalami kerosakan teruk apabila semua bumbung tercabut.

YB Senator Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) menziarahi beberapa buah keluarga mangsa ribut di Taman Melati, semalam.

Selain itu, YB Kak Nuri memohon pihak yang berkaitan dapat segera membantu untuk proses baik pulih rumah penduduk yang sedang terjejas.

Beliau turut bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk terutama dalam tempoh sukar berikutan rakyat dihimpit situasi endemik Covid-19.

“Saya sempat bertanya mangsa ribut mengenai keadaan rumah mereka yang terjejas selain mengingatkan kepentingan SOP (prosedur operasi standard) dalam urusan harian,” ujarnya.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Izamuddin Bin Ludin, Ketua Dewan Muslimat PAS Wangsa Maju, Asiah Mohd Baki dan wakil Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Zurina Din.