Home Berita PAS Kedah

ADUN Pedu bantu baik pulih titi gantung

148
SHARE

NAKA, 12 Jan – Titi gantung di Kampung Dagang, Kubang Bemban bakal dibaik pulih tidak lama lagi.

Pegawai Khas ADUN Pedu, Mohamad Talib hadir meninjau ke lokasi untuk mengambil ukuran dan membuat kiraan kos yang diperlukan untuk membaik pulih titi tersebut.

“Titi ini satu kemudahan yang perlu digunakan oleh orang ramai terutamanya yang mempunyai kebun di kawasan tersebut. Selepas menerima laporan daripada penduduk kampung kami ke lokasi untuk tindakan seterusnya.

“Saya berharap semoga titi gantung ini dapat digunakan oleh penduduk dengan selamat selepas dibaik pulih nanti,” ujarnya yang mewakili ADUN Pedu.