Home Berita PAS Kedah

PKWR ADUN Tokai anjur program derma darah

25
SHARE

PENDANG, 12 Jan–Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Tokai menganjurkan program derma darah bagi membantu meningkatkan bekalan simpanan darah negara.

ADUN Tokai, YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman berkata sebanyak 30 pek darah yang didermakan pada program ini.

“Banyak manfaat yang diperoleh sekiranya menderma darah, bukan sahaja membantu golongan memerlukan malah mengurangkan risiko penyakit jantung,” ujar beliau.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Hospital Sultanah Bahiyah atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.