Home Berita PAS Johor

Ziarah Mahabbah cetus semangat buat guru-guru PASTI Tebrau

143
SHARE

Oleh: Hafsah Abd Rahman

TEBRAU, 12 Januari: Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail telah meluangkan masa menziarahi guru-guru Pasti Al-Irfan, kelmarin.

Program yang dianjurkan Lajnah Pendidikan Dewan ‘Ulamak PAS Kawasan Tebrau bersama Majlis Guru Pasti turut dihadiri Ketua, Timbalan dan Naib Dewan tersebut, Ustaz Mohd Muslim Salleh, Ustaz Kamal Ariff Mohd Bakri, dan Ustaz Muhammad Faiz Khalid.

Sebanyak empat daripada 15 Pasti Al-Irfan seluruh Tebrau terlibat dalam ziarah pertama ini, iaitu Pasti Kampung Maju Jaya, Pasti Bandar Dato’ Onn, Pasti Bukit Mutiara dan Pasti Taman Daya.

Menurut Pengarah Program yang merupakan Ketua Lajnah Pendidikan Dewan ‘Ulamak PAS Kawasan Tebrau, Norhayati Jamaludin, program ini dicetuskan memandangkan ramai guru baru yang masih belum mengenali pimpinan di Kawasan.

Program ringkas ini turut dimanfaatkan dengan kalam taujihat daripada YDP sendiri yang menekankan jihad di dalam perjuangan PAS melalui bidang pendidikan.

Beliau turut berpesan tugas guru sebagai Daie menyebarkan dakwah dalam kalangan masyarakat umum serta anak-anak didik PASTI adalah tugas yang sangat mulia.