Home Berita PAS Kelantan

ADUN Pantai Irama santuni petugas di PPV UMK

165
SHARE
Oleh CHE MAZIAH MAT
BACHOK, 14 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, YB Mohd Huzaimy Husin meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta menyantuni petugas barisan hadapan bertempat di Dewan Tuanku Cancelor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Tangok, semalam.
YB Huzaimy berkata, Kerajaan Negeri memanfaatkan sepenuhnya kempen Program Imunisasi Kebangsaan demi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pengambilan vaksin bagi mencegah jangkitan COVID-19.
“Kira-kira 300 penerima vaksin hadir ke PPV setiap hari dan melalui kempen kesedaran yang dilaksanakan, jumlah kehadiran penerima hari ini meningkat tiga kali ganda (900 orang)”, katanya.
Hadir sama, NGO Perantau Bachok dan NGO 3K Pantai Irama yang turut menyumbang barangan persegaran kepada petugas barisan hadapan.