Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Penubuhan Negeri-Negeri Selat

60
SHARE

5 JULAI 1825 (SELASA)

PADA hari ini dalam tahun 1825, Parlimen Inggeris meluluskan akta membenarkan Syarikat Hindia Timur E.I.C. bagi menubuhkan Negeri-Negeri Selat.

Dengan penubuhan ini, pentadbiran ketiga-tiga penempatan Inggeris di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, diletakkan di bawah satu kerajaan yang beribu Pejabat di Pulau Pinang. Ibu pejabat ini kemudian telah dipindahkan ke Singapura atas sebab-sebab ekonomi dan perdagangan.

Penubuhan Negeri-Negeri Selat ini, bertujuan memudahkan urusan pentadbiran dan perdagangan Inggeris.

Di peringkat awal penubuhannya, Negeri-Negeri Selat ini sering mengalami masalah kewangan untuk membiayai urusan pentadbirannya dan terpaksa dibantu oleh kerajaan Inggeris di India.

Logo Negeri-Negeri Selat (Kredit foto : Wikipedia)

Kegagalan Negeri-negeri Selat ini berpunca daripada dasar perdagangan bebas yang diamalkan di Singapura.

Akhirnya pada 1867, atas desakan pedagang-pedagang di Negeri-Negeri Selat, Kerajaan British bersetuju menjadikan Negeri-Negeri Selat, sebagai tanah jajahan Inggeris dan ditadbir terus dari Pejabat Tanah Jajahan di London.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia