Home Berita PAS Kedah

ADUN Kupang salur bantuan awal pendidikan

183
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

BALING, 7 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Dato Najmi Ahmad menyampaikan sumbangan bantuan awal kemasukan ke IPT kepada 29 penuntut Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, baru-baru ini.

Beliau berkata kepada bakal penuntut supaya memanfaatkan pemberian bantuan IPT ini dan menghargai pengorbanan ibu bapa yang membanting tulang demi memastikan mereka menamatkan pengajian dengan baik.

“Gunakan bantuan ini dengan sebaiknya, sentiasa ingat pengorbanan Ibu dan Ayah kita yang melakukan bermacam aktiviti ekonomi demi kepentingan pelajaran kita” kata beliau.

Dato’ Najmi Ahmad yang juga merupakan Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah mengharapkan anak-anak Kedah di IPT berjaya dalam bidang masing-masing dan datang berkhidmat memajukan dan membangunkan negeri ini termasuk memenuhi keperluan pemain industri.

Hadir sama, Ahli Jawatanankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Baling, Mohd Fadhlan Saedin