Home Berita PAS Sabah

Alam Ria PASTI Sandakan peluang tunjuk bakat kanak-kanak

31
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
3 Oktober 2021

SANDAKAN: Alam Ria PASTI Kawasan Sandakan yang berlangsung secara maya selama seminggu itu telah memberi peluang untuk mencungkil bakat kanak-kanak di awal usia 4 hingga 6 tahun.

Penganjuran program ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengeluarkan bakat mereka yang boleh diketengahkan dihadapan masyarakat.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid, ketika berucap merasmikan Alam Ria PASTI Kawasan Sandakan berkata, kanak-kanak ini bukan sahaja dapat mencungkit bakat namun juga dapat mengaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian.

Katanya, melalui sistem pendidikan islam yang diterapkan di PASTI ini mampu mendidik anak-anak untuk mendepani cabaran pendidikan yang mendatang.

Tambahnya, Sahar turut mengajak ibubapa untuk mendidik anak dengan acuan Islam yang sebenar dengan cara memberikan sepenuh kasih sayang ketika diawal usia sebegini dan perhatian yang cukup untuk anak-anak.

Pengerusi PASTI Kawasan Sandakan, Herianto Ladati berkata dalam ucapannya, pandemik covid19 bukanlah menjadi penghalang untuk meneruskan program tahunan ini diadakan walaupaun secara norma baharu.

Katanya, pelbagai acara turut dipertandingankan antaranya, bercerita, deklamasi sajak, pidato, khutbah, azan menerusi rakaman video dan hafazan yang dilaksanakan secara atas talian.

Dalam Alam Ria ini telah menobatkan PASTI Saidina Uthman Bin Affan sebagai Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Kawasan Sandakan diikuti PASTI Ammar Bin Yasir di Naib Johan dan PASTI Abdul Rahman Bin Auf di tempat ketiga.

Hadiah telah disampaikan ke PASTI-PASTI pada hari isnin yang lalu.