Home Berita PAS Kedah

ADUN Kupang bina semula jambatan runtuh akibat banjir

28
SHARE

Oleh AMAL NABILA

KUPANG, 25 Nov – Penduduk Kampung Tanjung Bukit menarik nafas lega apabila jalan runtuh akibat banjir kilat baru-baru ini dibina semula kurang dari tempoh 24 jam.

Menurut Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang Mohd Sabri Abu Bakar berkata, banjir kilat ini telah menyebabkan penduduk terputus jalan keluar.

“Sebelum ini perkara itu pernah berlaku dan laluan sementara dibina hasil gotong royong penduduk.

“Tetapi jalan ini sekali lagi runtuh selepas hujan lebat semalam,” katanya.

Katanya, bagi memudahkan urusan penduduk ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) bertindak membantu membina semula jalan bagi memudahkan urusan keluar masuk penduduk.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”