Home Berita PAS Kedah

Jabatan Amal Kawasan Pendang segera turun bantu mangsa banjir

25
SHARE

Oleh HANANI ABDULLAH

PENDANG, 25 Nov – Jabatan Amal Malaysia (JAM) kawasan Pendang turun ke Kampung Baru, Sungai Tiang dalam operasi ops cuci, susulan hujan lebat yang menyebabkan banjir di kawasan itu.

Hasil bancian oleh Pengerusi dan Setiausaha JPKK, sebanyak 50 buah rumah terkesan akibat kejadian banjir kilat.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berkata, petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang bergegas ke kawasan tersebut bagi memantau situasi banjir di kawasan berkenaan.

“Bantuan segera turut disalurkan kepada penduduk yang terjejas”, ujarnya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Pegawai PKWR Parlimen Pendang/DUN Tokai mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Rosli selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK atas maklumat segera berkaitan banjir kilat yang berlaku petang kelmarin.

Sementara itu, Petugas Pemantauan Banjir, APM Pendang terus memantau paras air di kawasan tersebut. Hasil pemantauan mendapati air sudah mulai surut, namun paras air masih di paras waspada.