Home Berita PAS Kedah

Sungai Kupang telan bangsal kereta

93
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

KUPANG, 25 Nov – Sebuah bangsal kereta di Taman Mesra ‘di telan’ Sungai Kupang selepas binaannya runtuh dalam kejadian yang berlaku malam semalam.

Penduduk, Sulaiman Maarof, 58, berkata, kejadian berlaku pada jam 10 malam itu berpunca daripada hakisan tebing sungai selepas hujan lebat.

“Petang itu hujan lebat, di sebelah malam arus sungai yang kuat menghakis tebing hingga menyebabkan binaan bangsal di situ runtuh dan sebahagiannya jatuh ke dalam sungai.

“Tiga hari sebelumnya masalah sama dah jadi. Habis pokok nangka, pokok pelam dan buluh yang ditanam jatuh ke dalam sungai,” katanya.

“Setakat ini dah 20 kaki lebar dan  lebih 100 meter tebing sungai terhakis. Masalah ni dah lama,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad bersama jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Baling yang menerima aduan penduduk segera meninjau masalah tersebut petang tadi.

“Saya cadang pemasangan batu raga atau memacak kayu-kayu bakau di kawasan terlibat bagi atasi masalah itu.

“Tapi kita serahkan kepada jurutera JPS untuk tentukan mana lebih baik,” katanya.