Home Berita PAS Kedah

ADUN Kupang beri sumbangan komputer riba

77
SHARE

KUPANG – Empat mahasiswa DUN Kupang terima sumbangan komputer riba daripada ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, semalam.

Sumbangan ini adalah untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

“Usaha menyediakan peranti-peranti ini diharap dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik kerana kita terkesan dengan COVID-19,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Dato’ Najmi turut menyerahkan mesin rumput dan gergaji berantai kepada pihak Masjid Parit Panjang.

Beliau turut hadir ke Kampung Charok Sikin bagi melihat jalan runtuh akibat hakisan banjir kilat.

“Kita akan panjangkan permasalahan ini kepada pihak atasan bagi memudahkan pergerakan penduduk,” ujarnya.